Pekerja stesen telekomunikasi terperangkap tanah runtuh

1

Pekerja stesen telekomunikasi terperangkap tanah runtuh
Kejadian tanah runtuh menghalang laluan ke sebuah stesen telekomunikasi di Bukit Larut di sini, hari ini.

Kejadian menyebabkan dua pekerja dan dua pengawal keselamatan stesen telekomunikasi berkenaan tidak dapat turun akibat laluan terhalang.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.52 pagi tadi mengenai empat mangsa yang mengalami kesukaran untuk turun.

Jurucakap JBPM negeri berkata, susulan maklumat diterima itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati dua kakitangan telekomunikasi dan dua pengawal keselamatan terperangkap di stesen berkenaan pada ketinggian kira-kira 1,000 meter dari aras laut dan keempat-empatnya dilaporkan selamat.

“Operasi menurunkan mangsa sedang dijalankan dan kerja-kerja mengalihkan tanah runtuh sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

admin

One thought on “Pekerja stesen telekomunikasi terperangkap tanah runtuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Apa Saja Olahraga yang Aman Dilakukan di Trimester Pertama Kehamilan?

Sun Nov 10 , 2019
Menjaga diri tetap sehat dan fit pada trimester pertama kehamilan adalah hal terbaik yang dapat Mama lakukan bagi calon buah hati. Meskipun saat awal kehamilan Mama akan merasakan beberapa ketidaknyamanan dan juga morning sickness tapi Mama harus tetap aktif bergerak agar badan terasa lebih segar dan fit. Olahraga juga akan membantu Mama […]